Friday, 7 September 2012

Syarat Utama Menjadi Kaum Tua

Link

Kalau tuan menjadi Kaum Tua, tuan wajib menerima khabar yang akal tuan tak dapat terima, tuan wajib menolak angka-angka banci hitungan.


Tuan hendaklah percaya bahawa as-Sayyid Abdul Kadir Jailani pernah tidak berjumpa solat di Masjid Baghdad. Kemudian, didapati berita bahawa beliau pada hari itu Solat Juma’at di dalam Sungai Dajlah pada dasarnya yang bawah, dan makmumnya ialah ikan-ikan sebab sudah lama benar ikan-ikan ingin mengimamkan beliau.


Dan tuan hendaklah percaya ada seorang syaikh tidak pergi (Solat) Juma’at di negerinya padahal dia tidak musafir. Tetapi, dilihat orang beliau solat di Maqam Imam Syafie di Makkah.


Tuan hendaklah percaya bahawa seorang syaikh yang lain ziarah kepada maqam Rasulullah s.a.w. dan menghulurkan tangannya pada lubang bersalut perak dan bersalam-salamanlah syaikh itu dengan Rasulullah s.a.w. walaupun sudah terang yang Rasulullah s.a.w. sudah wafat 1368 tahun yang lalu.


Kalau tuan menyatakan tidak percaya akan khabar-khabar seperti itu, atau tuan meminta sendiri cerita itu dan siapa perawinya untuk meneliti dan menapis hadis Nabi s.a.w., awaslah! Itulah tanda bahawa tuan telah (menjadi) Kaum Muda! Tuan telah dilabel (sebagai) sesat!


Pendeknya, kalau memakai akal, tuan akan dituduh Kaum Muda! Dan kalau tuan sudi menjadi bodoh, tuan jadi(lah) Kaum Tua!


SUMBER:
HAMKA, Sebuah Polemik Agama: Teguran Suci & Jujur Terhadap Mufti Johor, hal. 29-30



"Kadang-kadang pula dikatakan Kaum Muda tidak hormat kepada ulama’. Padahal yang mereka katakan ulama’ itu bukanlah Imam Malik atau Imam Syafie, tetapi beberapa pegawai kerajaan yang memakai serban dan jubah. Dan beliau pun telah merasakan dirinya ulama’ kerana pada tangannya sudah ada surat tauliah."

- HAMKA -


p/s: Berminat untuk mendapatkan buku ini? Sila membuat tempahan di sini. =J

No comments:

Post a Comment