Penulis:
Prof. Dr. Haji 'Abd-ul-Malik bin 'Abd-ul-Karim bin
Amrullah (HAMKA)
“Perumpamaan (bagi orang-orang) yang dipikulkan
(diamanahkan dengan) Taurat, kemudian mereka tidak memikulnya (adalah) seperti
keldai yang memikul kitab-kitab yang tebal. Sangat buruk perumpamaan bagi kaum
yang mendustakan ayat-ayat Allah & Allah tidak memberi petunjuk kepada
orang-orang yang zalim.”
[al-Jumu’ah : 5]
Orang yang
dimisalkan Tuhan dengan keldai memikul kitab-kitab adalah orang yang tidak tahu
mahal atau murahnya isi kitab Taurat yang mereka pikul itu. Memang, jika Allah
membuat misal, cocok & lekas masuk ‘aqal.
Cuba
perhatikan keldai, disuruh memikul rumput, bila sampai di tempat perhentian,
dihempaskannya dirinya & dihempaskannya pula rumput yang dipikulnya itu
lantaran berat. Setelah itu, suruh lagi dia memikul padi. Bila sampai di tempat
perhentian, padi itu akan dihempaskannya pula seperti menghempaskan rumput
kerana dia tidak tahu buah padi yang akan gugur (akibat perbuatannya itu).
Orang yang
bersifat seperti keldai itu cuma soraknya yang keras, tetapi darjat ‘aqalnya
tidak mencapai bagaimana mahal barang yang terpikul di atas belakangnya. Sejak
dari nenek moyangnya, dia telah teradat disuruh memikul. Apa isi, bagaimana
maqsud (tujuan) & ke mana tujuan yang dipikulnya, dia tidak faham, tidak
mengerti.
(Begitulah
juga dengan) keldai (yang) memikul kitab dengan keringat payah membawa, sedang
dia sendiri tidak mengerti isi kitab.
Maka, para
pemimpin agama itu, demikian pula layaknya. Oleh kerana bodoh, dia tidak tahu
kebodohan diri(nya). Kitab-kitab yang bernilai tinggi itu telah memberikan
kerugian (kepada) diri(nya & orang lain), tidak menghasilkan ‘ilmu, tetapi
menghasilkan keberatan!
SUMBER: Prof. Dr. HAMKA, Tasauf Moden, 128
Berapa
ramai yang kencang bersorak berhibur (menyanyi, bermain alat muzik, bahkan
menari) di dalam konsert Cinta Rasul, tetapi buta sunnah, bahkan tidak pernah
tahu yang Rasulullah (صلى عليه وسلم) tidak sukakan muzik &
nyanyian.
Sungguh ‘ajaib.
Cinta Rasul, tetapi ber’amal dengan hal yang dibenci oleh Rasul? Mahu bernikah
dengan ustazah, berangan-angan menjadi menantu kepada tuan mufti, tetapi tegar
berkepul-kepul menyedut asap rokok saban hari? ‘Ajaib.
WALLAHU
a’lam.
No comments:
Post a Comment