Gambar Asal |
Dari
‘Abdullah bin ‘Abbas (رضي الله عنهما), dia telah berkata:
أَقبَلتُ رَاكِبًا عَلَى حِمَارٍ أَتَانٍ, وَأَنَا يَومَئِذٍ قَد نَاهَزتُ الاِحتِلَامَ, وَرَسُولُ
اللهِ صلى الله عليه وسلم يُصَلِّي بِالنَّاسِ بمِنًى إِلَى غَيرِ جِدَارٍ, فَمَرَرتُ
بَينَ بَعضِ الصَّفِّ فَنَزَلتُ وَأَرسَلتُ الأَتَانَ تَرتَعُ وَدَخَلتُ فِي الصَّفِّ,
فَلَم يُنكِرُ ذَلِكَ عَلَيَّ أَحَدًا.
“Aku
menunggang keldai betina, dan aku pada hari itu, telah mendekati masa mimpi
basah (baligh). Sedang Rasulullah (صلى الله عليه وسلم) sedang melaksanakan solat bersama para sahabat di Mina tanpa
adanya dinding, aku melintas di antara sebahagian saf, lalu aku
turun dan aku lepaskan keldai betina itu untuk mencari rumput. Kemudian, aku
memasuki saf, akan tetapi tidak ada seorang pun yang mengengkari perbuatanku.”
[Sahih
al-Bukhari, Bab al-‘Ilmu (76)]
Makna
Global
‘Abdullah
bin ‘Abbas (رضي الله عنهما) telah memberitahu bahawa tatkala dia
bersama Rasulullah (صلى الله عليه وسلم) di Mina keika peristiwa Haji Wida’, dia telah menunggang
seekor keldai, dan bersama keldainya itu, dia melintas pada sebahagian saf,
manakala Rasulullah (صلى الله عليه وسلم) pada ketika itu sedang menunaikan solat bersama para sahabat
yang lain. Kemudian, dia turun dari keldainya dan membiarkannya memakan rumput,
lalu dia masuk semula ke dalam saf.
Menurut
‘Abdullah bin ‘Abbas, ketika itu, dia mendekati usia baligh, yakni usia yang
memungkinkan untuk dicegah jika dia melakukan perbuatan mungkar yang dapat
merosakkan solat orang lain. Akan tetapi, di dalam hadis ini, perbuatan Ibnu ‘Abbas yang berjalan
di antara saf-saf solat itu tidak dicegah dan diengkari oleh sesiapa pun, baik Rasulullah
(صلى الله عليه وسلم) mahupun para sahabat yang lain.
Manfa’at
Hadits
(i) Secara umumnya, melintasnya khimar atau
keldai betina di hadapan orang yang sedang menunaikan solat tidak mengurangkan
kesempurnaan solat dan tidak membatalkan solatnya (‘ulama’ berkhilaf pendapat
tentang hal ini)
(ii) Taqrir (pengiktirafan) Rasulullah (صلى الله عليه
وسلم) termasuk bahagian dari sunnah
beliau kerana Rasulullah (صلى الله عليه وسلم) tidak akan membenarkan seorang pun melakukan kebatilan. Maka,
apabila baginda tidak mengengkari perbuatan Ibnu ‘Abbas (رضي الله عنهما) yang berjalan di antara saf-saf solat, ianya menunjukkan yang
solat itu tetap sah (dan tidak kurang kesempurnaannya) dan perbuatan Ibnu
‘Abbas itu tidak salah.
(iii) Berdasarkan hadis ini, jelaslah yang sutrah
(pembatas) yang dipakai oleh Imam menjadi sutrah bagi makmum. Kerana
itu, al-Imam al-Bukhari (رحمه الله) memasukkan hadis ini di dalam Sahihnya,
di dalam “Bab Sutrahnya Imam Merupakan Sutrah Bagi Yang Berada di Belakangnya
(yakni makmum)” (باب سترة الإمام سترة من خلفه).
SUMBER: asy-Syaikh
‘Abdullah ‘Abdu-r-Rahman Alu Bassam (رحمه
الله),
‘Umdat-ul-Ahkam (Syarah Hadits Hukum Bukhari Muslim), Hadis ke-105, ms 270-271
WALLAHU a'lam.
No comments:
Post a Comment