Credit |
PENULIS: As-Syaikh Muhammad bin Shalih al-Utsaimin (رحمه الله)
SOALAN:
Bagaimanakah kedudukan tangan ketika i’tidal, (iaitu) setelah bangkit dari
ruku’? Adakah kita perlu meluruskan kedua-dua tangan, atau meletakkannya di
dada seperti yang dilakukan sebelum ruku’?
JAWAPAN:
Dari
Sahl bin Sa’ad as-Sa’idi (رضي الله عنه), dia berkata,
كَانَ النَّاسُ
يُؤْمَرُونَ أَنْ يَضَعَ الرَّجُلُ الْيَدَ الْيُمْنَى عَلَى ذِرَاعِهِ الْيُسْرَى
فِي الصَّلاَةِ
“Dulu,
orang-orang diperintahkan agar meletakkan tangan kanan di atas lengan kiri di
dalam solat”.
[HR
al-Bukhari, Kitab Azan, Bab Meletakkan Tangan Kanan Di Atas Tangan Kiri Di
Dalam Solat, no. 698]
Penyataan
“di dalam solat” mencakupi seluruh bahagian solat. Akan tetapi, sudah maklum
bahawa posisi ruku’ tidak termasuk di dalamnya kerana kedua-dua tangan berada
di atas kedua-dua lutut. Kemudian, (begitu juga dengan) posisi sujud kerana
kedua-dua tangan berada di atas tanah. Dan (begitu juga dengan) posisi duduk
kerana kedua-dua tangan berada di atas kedua-dua paha.
Yang
tersisa adalah posisi berdiri yang ada sebelum ruku’ dan sesudahnya (ruku’).
Maka, posisi berdiri ini masuk ke dalam sifat ‘umum (iaitu semua jenis berdiri
baik sebelum atau selepas ruku’).
Hanya
saja al-Imam Ahmad bin Hanbal (رحمه الله) berkata, “Ketika seseorang
bangkit dari ruku’, dia mempunyai pilihan antara membebaskan kedua-dua
tangannya (ertinya meluruskan kedua-dua tangan di sisi) atau meletakkan tangan
kanan di atas tangan kiri”. Sepertinya, al-Imam Ahmad ragu-ragu sama ada hadits
riwayat Sahl (رضي الله عنه) itu mencakupi (semua posisi berdiri di dalam) seluruh bahagian
solat selain yang dikecualikan (iaitu ketika ruku’, sujud dan duduk antara dua
sujud), atau hanya untuk posisi berdiri sebelum ruku’.
Apabila
kita mengkhususkan hanya untuk posisi berdiri sebelum ruku’, maka ada syubhat
(keraguan) yang timbul (iaitu) bagaimana mungkin pengecualian lebih banyak dari
keseluruhan (iaitu yang dikecualikan dan yang tidak dikecualikan)?
Sekarang,
kita mengecualikan ruku’, sujud dan duduk dari ke’umuman sabda Nabi (صلى الله عليه
وسلم), “di dalam
solat”. Sedangkan pada ‘umumnya, pengecualian (sepatutnya) lebih sedikit dari
keseluruhan. Bahkan, tidak dibenarkan pengecualian jika jumlahnya lebih banyak
dari keseluruhan.
Misalnya,
mereka menyatakan bahawa seseorang berkata kepada orang lain, “Saya mempunyai
hutang kepadanya sebanyak sepuluh (dirham) kecuali tujuh (dirham)”. Maka,
(dalam situasi ini), orang itu wajib membayar sepuluh (dirham) kerana
pengecualian tersebut tidak sah.
(Sepatutnya),
jika pengecualian lebih banyak dari jumlahnya, maka cukup disebutkan
pengecualian itu saja. (Sepatutnya,) katakana (saja), “Saya mempunyai hutang
tiga dirham kepadanya”. Jika anda mengatakan “sepuluh (dirham) kecuali tujuh
(dirham)", maka (ungkapan itu) menjadi terbalik (tak sesuai).
Walau
bagaimanapun, kesimpulan yang dapat saya ambil (dalam hal ini), sesuai dengan
yang kita ‘amalkan dan yang di’amalkan syaikh-syaikh kita (رحمهم الله) bahawa posisi (tangan ketika)
berdiri setelah ruku’ sama seperti sebelum ruku’.
Kecuali
Syaikh ‘Abdu-r-Rahman as-Sa’di (رحمه الله), dalam hal ini, dia mengikut
keterangan dari al-Imam Ahmad, dan mengatakan, “(Ketika berdiri selepas ruku’,)
seseorang mempunyai pilihan antara meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri,
atau membebaskan kedua-duanya (iaitu meluruskan kedua-dua tangan di sisi)”. Dan
saya melihat dia sering membebaskan kedua-dua (tangan)nya (ke sisi).
RUJUKAN:
Syaikh Muhammad bin Shalih al-Utsaimin, Sifat Solat Nabi (صلى الله عليه
وسلم) Dari Takbir
Hingga Salam: Perbahasan Dari Kitab Fath Dzi-l-Jalal w-al-Ikram Syarah Bulughul
Muram, Cetakan Ketiga (Disember, 2012), Terbitan Darus Sunnah, halaman 17-18.
Saya
kongsi petikan kitab ini BUKAN kerana mahu orang lain mengikut pandangan beliau
dalam isu ini. Sebaliknya, tujuan utama saya kongsi petikan kitab ini adalah
kerana:
(1)
saya suka dengan “style” (qa’edah) & penjelasan Syaikh Ibnu-l-Utsaimin di
dalam kitab ini (begitu juga di dalam kitab-kitab beliau yang lain) yang sangat
jelas, kritis, juga lembut & beralas kritikannya sesuai dengan keelokan
pekerti & penghormatan tinggi beliau terhadap generasi Salafu Soleh &
‘ulama’ Salafiah & terdahulu;
(2)
saya mahu menggalakan orang lain supaya mendapatkan kitab ini & meluaskan
pemahaman kita terhadap perbezaan pendapat agar tak cepat melatah dan menghukum
orang lain sebagai sesat hanya kerana perbezaan mereka dalam solat (walhal,
masing-masing berasaskan dalil-dalil yang sahih, insya Allah)
(3)
sebagai muhasabah buat golongan yang semberono membuat tuduhan palsu bahawa
‘ulama’ Arab Saudi adalah anti-mazhab, kerana ternyata, mereka sentiasa
menjadikan kitab-kitab ‘ulama’ Salafiah & fatwa-fatwa generasi Salafu
Soleh, termasuk imam-imam mazhab (lebih-lebih lagi al-Imam Ahmad bin Hanbal
kerana secara ‘umumnya, mereka bermazhab Hanbali).
p/s:
Soalan & perkataan-perkataan di dalam kurungan adalah tambahan dari saya.
WALLAHU
a’lam.
No comments:
Post a Comment