Monday, 15 April 2013

Bukti Kesahihan Sambutan Maulid Nabi?


Click pada rajah untuk paparan lebih besar

Maka benarlah sabda Rasulullah s.a.w.:


عن أبي سعيد الخدري عن النبي صلى الله عليه وسلم قال لتتبعن سنن من كان قبلكم شبرا شبرا وذراعا بذراع حتى لو دخلوا جحر ضب تبعتموهم قلنا يا رسول الله اليهود والنصارى قال فمن


Daripada Abu Sa’id al-Khudri, daripada Nabi صلى الله عليه وسلم (baginda) berkata:

“Kamu akan mengikut jejak langkah umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga kalau mereka masuk (ke dalam) lubang dhab (biawak padang pasir) (sekalipun) kamu akan mengikut mereka.”


Kami (para sahabat) berkata (bertanya):

“Wahai Rasulullah, (adakah) Yahudi & Nasrani (yang engkau maqsudkan)?”


Baginda berkata (menjawab):

“Siapa lagi (kalau bukan mereka)?”




RUJUKAN






والله أعلم

Wednesday, 10 April 2013

Sutrah Imam Menjadi Sutrah Ma’mum

Gambar Asal

Dari ‘Abdullah bin ‘Abbas (رضي الله عنهما), dia telah berkata:


أَقبَلتُ رَاكِبًا عَلَى حِمَارٍ أَتَانٍ, وَأَنَا يَومَئِذٍ قَد نَاهَزتُ الاِحتِلَامَ, وَرَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم يُصَلِّي بِالنَّاسِ بمِنًى إِلَى غَيرِ جِدَارٍ, فَمَرَرتُ بَينَ بَعضِ الصَّفِّ فَنَزَلتُ وَأَرسَلتُ الأَتَانَ تَرتَعُ وَدَخَلتُ فِي الصَّفِّ, فَلَم يُنكِرُ ذَلِكَ عَلَيَّ أَحَدًا.


“Aku menunggang keldai betina, dan aku pada hari itu, telah mendekati masa mimpi basah (baligh). Sedang Rasulullah (صلى الله عليه وسلم) sedang melaksanakan solat bersama para sahabat di Mina tanpa adanya dinding, aku melintas di antara sebahagian saf, lalu aku turun dan aku lepaskan keldai betina itu untuk mencari rumput. Kemudian, aku memasuki saf, akan tetapi tidak ada seorang pun yang mengengkari perbuatanku.”

[Sahih al-Bukhari, Bab al-‘Ilmu (76)]


Makna Global

‘Abdullah bin ‘Abbas (رضي الله عنهما) telah memberitahu bahawa tatkala dia bersama Rasulullah (صلى الله عليه وسلم) di Mina keika peristiwa Haji Wida’, dia telah menunggang seekor keldai, dan bersama keldainya itu, dia melintas pada sebahagian saf, manakala Rasulullah (صلى الله عليه وسلم) pada ketika itu sedang menunaikan solat bersama para sahabat yang lain. Kemudian, dia turun dari keldainya dan membiarkannya memakan rumput, lalu dia masuk semula ke dalam saf.

Menurut ‘Abdullah bin ‘Abbas, ketika itu, dia mendekati usia baligh, yakni usia yang memungkinkan untuk dicegah jika dia melakukan perbuatan mungkar yang dapat merosakkan solat orang lain. Akan tetapi, di dalam hadis ini, perbuatan Ibnu ‘Abbas yang berjalan di antara saf-saf solat itu tidak dicegah dan diengkari oleh sesiapa pun, baik Rasulullah (صلى الله عليه وسلم) mahupun para sahabat yang lain.


Manfa’at Hadits

(i)         Secara umumnya, melintasnya khimar atau keldai betina di hadapan orang yang sedang menunaikan solat tidak mengurangkan kesempurnaan solat dan tidak membatalkan solatnya (‘ulama’ berkhilaf pendapat tentang hal ini)

(ii)        Taqrir (pengiktirafan) Rasulullah (صلى الله عليه وسلم) termasuk bahagian dari sunnah beliau kerana Rasulullah (صلى الله عليه وسلم) tidak akan membenarkan seorang pun melakukan kebatilan. Maka, apabila baginda tidak mengengkari perbuatan Ibnu ‘Abbas (رضي الله عنهما) yang berjalan di antara saf-saf solat, ianya menunjukkan yang solat itu tetap sah (dan tidak kurang kesempurnaannya) dan perbuatan Ibnu ‘Abbas itu tidak salah.

(iii)       Berdasarkan hadis ini, jelaslah yang sutrah (pembatas) yang dipakai oleh Imam menjadi sutrah bagi makmum. Kerana itu, al-Imam al-Bukhari (رحمه الله) memasukkan hadis ini di dalam Sahihnya, di dalam “Bab Sutrahnya Imam Merupakan Sutrah Bagi Yang Berada di Belakangnya (yakni makmum)” (باب سترة الإمام سترة من خلفه).


SUMBER: asy-Syaikh ‘Abdullah ‘Abdu-r-Rahman Alu Bassam (رحمه الله), ‘Umdat-ul-Ahkam (Syarah Hadits Hukum Bukhari Muslim), Hadis ke-105, ms 270-271


WALLAHU a'lam.